12:00 AM | Posted in

Cara - cara membuat tempahan

TEMPAHAN PRODUK

1. Email tempahan anda ke deli.chocs@yahoo.com
atau sms/hubungi  di talian +6012-3763856

2. Tunggu sehingga invoice tempahan di hantar melalui email setelah membuat tempahan. Sebaik sahaja menerima email ini, pastikan anda menyemak tempahan dan membuat pengesahan. (Sekiranya tiada pengesahan dalam masa 3 hari, tempahan dianggap batal).

3. Pembayaran sebanyak 50% dari harga tempahan hendaklah di buat sekiranya tempahan melebihi RM 100 selepas menerima invoice. Maklumat perbankan akan di beri berserta dengan invoice. (Tempahan hanya akan mula dibuat sebaik sahaja deposit dibayar).

4. Tempahan dalam kuantiti yang kecil akan mengambil masa seminggu untuk disiapkan, manakala tempahan dalam kuantiti yang besar akan mengambil masa sehingga sebulan. Oleh itu, pastikan anda menempah awal bagi mengelakkan kelewatan penghasilan produk. (Tarikh mengambil tempahan akan ditulis pada invoice).

5. Anda boleh mengambil tempahan coklat pada tarikh yang dijanjikan di alamat seperti yang tertera di invoice anda.

6. Bayaran penuh perlu dilakukan ketika mengambil tempahan.

PERINGATAN :

Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi mengelakkan kerosakan produk.

Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya anda membatalkan tempahan. Oleh itu, sila pastikan maklumat di dalam invoice betul sebelum membuat pengesahan.
��

Comments

0 responses to "order your chocs now!"